Friday, August 3, 2007

Janda Berhias FF


Hari tu entah camner kitorang bercerita pasal hero dan heroin dalam game-game Final Fantasy. Kebanyakkan jalan cerita FF berunsur kesah cinta dan suka duka pasangan kekasih. Pas tu kami cerita lak pasal dalam Final Fantasy ni ade 2 janda berhias, Yuna dan Ashe. Kedua-dua suami mati selepas perasmian perkahwinan.

Dalam kes FF10, Yuna dipaksa berkahwin dengan Maester Seymour Guardo untuk menyelamat geng-geng iringan dia yang terperangkap. Seymour terkorban apabila Yuna dan geng-geng terpaksa berlawan untuk melepaskan diri dari genggaman Seymour yang berniat jahat.
Kesah FF12 lak Puteri Ashe dari Rabanastre berkahwin dengan Putera Rasler dari Nabradia atas dasar cinta lak. Akan tetapi pada hari perkahwinan, bandaraya Dalmasca, Rabanastre di cerobohi oleh Empayar Archadia. Maka peperangan berlaku di mana Putera Rasler terkorban.
Best tol kesah cinta dari game-game FF. Boleh tangkap leleh tu...Feeling habis siap ngan iringan lagu-lagu best tu..wuhoo.

No comments: