Tuesday, August 21, 2007

Best ke?


Tak ramai mengenal Yuna secara lebih dekat, hanya sebilangan sahaja.

"Yuna, you are the best!" kata sahabat baik Yuna di internet. Terpaku seketika bila membaca ayat nih. 'Iya ke?' bisik Yuna. Entah apa yang 'The best', cuma Yuna tahu..Yuna sanggup menolong dan memberi kata nasihat kepada kawan-kawan setakat mana yang mampu dan selain dari itu berborak whatever la..pastu selit ngan kata-kata yang menggelikan hati. 'Anything for Laughter!' Kalau berborak-borak hal yang 'serious' dah tentu tak akan bertahan lama, mesti nak bersulam cerita-cerita yang kelakar..huhuhu

"Yuna, you are my best friend!" kata seorang lagi sahabat minggu lepas. 'Ha?' tersentak juga hati ini. Apa yang best ngan persahabatan kitorang nih? Masih tertanya-tanya. Yuna rasa lah...cara-cara Yuna melayan diorang nih tiada berbelah bagi. "Girl you tak marah ke.. you berkawan ngan Yuna?" Yuna tertanya. "Tak" Jawab dia ngan ringkas. "Dia tahu tak you berkawan ngan Yuna?" Takut-takut nanti girl dia salah anggap lak. "Tahu dan dia sporting je...tapi kalau sama umur atau muda dari I dah tentu dia marah kot?" hahahaha...kitorang tergelak sakan. Ade saja dia nak mengenakan Yuna nih.

Hakikatnya bukan senang nak berkawan rapat nih. Kalau tak betul caranya, diorang mati-kutu atau Yuna malas nak layan. Selalunya ikut rasa hati kalau seseorang tu insan yang baik atau sebaliknya. Selalunya tekaan Yuna terhadap seseorang tu tepat sekali.

"Yuna! Yuna! I nak alamat email dan YM you!" sapa kebanyakkan interns kat ofis ni bila habis tempoh praktikal mereka.
'Ha? Kenapa lak?' Yuna kehairanan sebab mereka boleh kontek Yuna bila-bila masa la..."You are the best! Best tol kerja ngan you nih dan berkawan ngan you..." mereka gelak sakan. Hei...budak-budak Uni nih..happy sokmo je...

OK la..tu! hehehehe.....(Whatever for happiness ya!)

No comments: