Thursday, May 24, 2007

May the Force be with you!

HELP!!!

Apalak angin hari ni....pagi-pagi buta tak leh bangun. Tuhan je tahu betapa sakitnya seluruh belakang badan ni. Tak boleh nak gerak. Seluruh badan macam ade 'force field'. Pernah kah anda berasa begitu? Gegaran force field terutama di muka, tangan dan kaki kuat sungguh. Dari tengkok, telinga sehingga ke dahi seperti cengkaman yang kuat lak. Rambut terasa menegak atau mencacak. Yuna boleh bayangkan jika berambut pendek dah berupa macam 'punk' kot. Tapi itu hanyalah perasaan. Ini lah bahana nya jika tak makan ubat 2 hari. Dah seminggu Yuna buat eksperimen sendiri. Makan ubat selang seli sehari. ..kerana ada mission. Hari pertama tak makan ubat, terus demam keesokan hari...biasalah, badan sengal-sengal dan sakit. Selepas beberapa hari lak, macam ok je....so nekad lak buat selang seli 2 hari lak. Mak ooi! ni lah bahananya...but I must be strong! Kalau mak ayah tahu memang dah kena marah dan tak setuju langsung jika mengamal pemakanan ubat secara alternatif. Capai handphone hantar message kat opis dan kawan. Oleh kerana tak boleh nak gerak sangat, apalagi..sambung zzzzzz kepala pun terasa berat pun.

"Yuna? nak gi breakfast?" tiba-tiba kedengaran suara mak. "Tak nak lah" jawab Yuna pintas tapi lemah. Agaknya mak dah hidu ade benda yang tak kena. "Kenapa ni?" bila dia pegang lengan Yuna terus menggerang. Dia panik (biasak la..my mum tu..) bising-bising..pekpokpekpokpekpok...Aduh! dah lah kepala berat sangat bertambah lagi bingitan dan kekecohan mak murai ni. Whatever lah tenaga Yuna ada..bangun perlahan-lahan..."See? I'm ok." Mak tenung dan pandang sambil bercekak pinggang. "ok ok ok...boleh tak panggil Bibik datang mengurut? My body is aching la..Mi. Itu je!"

Whatever lah..energy yang ade...sambil menunggu Bibik, online jap, cek jap dan post yang ini. Penglipur lara masa kini......berjumpa lagi! Wasalam!

No comments: