Monday, May 21, 2007

Kesibukan


Sejak balik dari Kinrara banyak lah kerja akhir-akhir ni.

Di Kinrara, Yuna lebih banyak berehat...maksud Yuna, kotak minda Yuna tak banyak berfikir...tinggalkan dunia siber sehari dan semalam. Walaupun terasa agak membosan seketika tetapi Yuna perlukan 'Ruang' untuk kesejahteraan rohani dan jasmani. Ada orang tu kata 'Layan Peace' hahahaha itu lah kali pertama Yuna mendengar bahasa ni. Akan tetapi lain padang lain lak belalang kan? Jadi cara masing-masing 'layan peace' tu berbeza la..

Sekarang ni bertambah lah sibuk kerja-kerja Yuna baik pun peribadi mau pun kerja pejabat. Banyak program-progam pejabat dah bermula sejak pertengahan bulan Mei ini. Talipon pejabat asyik berdering-dering..macam-macam pertanyaan lak dan informasi nak di ambil. Yang menalipon loklak pun ade...maksud Yuna entah sesiapa dok talipon tapi tak nak bersuara...eeee leceh tol! Woi! hentikan lah....membazir duit je tu! Kerja-kerja peribadi lak, mengemaskini blog-blog Yuna, mencari idea untuk blog baru, layan para komuniti Mybloglog, melayari internet, layan forum Cakapgold dan juga forum terbaru Just-Talk....tu baby project yang sungguh mencabar. Rasa-rasanya penceburan Yuna dalam pelaburan di internet dah berkurangan sebab kesibukan ini. Yuna dah tak cam Yuna dulu lagi yang tercari-cari atau sibuk ngan program-program yang telah tersedia ada. Kegiatan Yuna di internet kali ini dah menyimpang ke arah tujuan lain...cuba menghasil kerja tangan sendiri melalui bimbingan rakan baik Yuna, GG. "Hei..terima kasih bebanyak satu lori!" kitorang dok berseloroh.
Walaupun begitu, Yuna masih cam dulu gak..."happy go lucky kinda person"!

No comments: