Jalan cerita game ni best tol jika di bandingkan ngan Final Fantasy yang lain-lain. GG dok bersuara "Tak habis-habis ngan Final Fantasy"
Ini lah cara Yuna 'block' minda Yuna dari memikir dan mengelamun tentang 'x-man'....'Total Blockage!" Bukan senang nak melupakan seseorang yang dah lama tersemat di hati.
Pada zaman yang gelap, dunia Yuna berpusing laju. Tiada arah kompass...tiada sesiapa menghulur tangan untuk menarik Yuna keluar dari kelemasan laut yang dalam dan bergelora. Dah berserah kepada ilahi tetapi jantung masih berdegup! Ingin hentikan pada masa tu jugak...Masya'allah! Terseksa betul jiwa masa tu. Yuna dah tak nampak apa-apa lagi sehingga....
Yuna jalan-jalan kat Sungai Wang. Favourite spot masa tu. Banyak tol kedai-kedai Games. Tokei kedai syorkan FF7, dia kata yang itu sedang HOT. Kalakar gak charactor kartun-kartun tu...."eeeee Tak Best!" Tokei kedai masih mengesyorkan sebab jalan cerita best dia kata.
Selepas 2 hari main FF7...eeee bestnya!!! Kalau boleh nak main 24 jam. Terasa PUAS PUAS bila game dah tamat. Jiwa tercari-cari FF8 lak. WOW! lagi BEST!!! gambar charactor dah tak kartun dan mini movies dia, wow...grafik cantik gila. Jalan ceritanya...WOW BEST habis...dan Squall...Yuna jatuh cinta kat dia..hahahahaha...kelakar tol! Tak kesah lah kalau dalam game tu Squall suka kat Rinoa. Charactor Rinoa pun best gak...happy go lucky, ceria, outspoken dan independent. Sejak tu...Yuna beralih dari dunia gelap dan confused tu kepada dunia Rinoa lak....Squall nya pasal! Hari-hari tak lekang main Final Fantasy 8. Hari hari nak jumpa Squall...main peranan utama. Permainan makin lama makin hebat..wuhoo! Yuna lama-kelamaan tak mengelamun atau mengenangkan 'x-man'. Dunia cintan dah beralih ke dunia Final Fantasy. Rasa-rasanya dah 4 kali katam ngan FF8 ni (Katam mengaji pun 2 kali aje.hahahaha..) sebab nak dapat the best weapon and best finishing time! hahahahaha dah gila ke si Yuna ni. Ha..ni lah Zaman kegilaan Final Fantasy Yuna bermula. Kemudian lak..FF9 dan seterusnya...
Kenapa guna nama 'Yuna' lak? Kenapa tidak 'Rinoa'?
Peribadi saya adalah lebih cam Yuna..pendiam dan tak selincah seperti Rinoa.
Jadi, Final Fantasy is my blockage number ONE!
Motto: What is Yuna without her Final Fantasy! :)
p.s. Blockage # 2?...Next time k

No comments:
Post a Comment