Saturday, May 19, 2007

Happy nya kat Kinrara! Bagus la....


Hello....!
Satu hari satu malam tak online terasa janggal kali ni.

Apabila sampai je Kinrara, perasaan happy tak terkata. Airmata membasahi pipi, Yuna menghembus nafas lega sejenak. Teringat kenangan lalu semasa mula-mula menduduki apartment Yuna. Tentangan yang hebat dari ibu Yuna "Pergi lah..Kau dah pandai, dah besar, kau jangan balik sini!" Eeeee sedih dan hiba bila teringat kembali kata-kata pedas tu. Teringat Yuna ada satu masa yang lampau dia kata "Yuna, engkau tu tak akan beli rumah dan beli kereta pun..bla..bla..bla..." Satu lagi perangai Yuna ni...Pantang dicabar! Setiap cabaran tu Yuna tak sahut tetapi dalam diam-diam Yuna mencari. Walaupun Yuna ni seorang yang pendiam..whatever lah..orang dok kata..semua Yuna terima...tetapi dalam diam tu lah Yuna berusaha hahahaha hanya nenek Yuna je faham isihati dan perangai Yuna. Dalam kemelut bukan untuk membukti tetapi mungkin fitrah, itu adalah 'Aku'.

Wow...lantai rumah boleh buat main ice-skating! Licin kerana digilap habuk snow hahahaha...ya! habuk dah menjadi penghuni official rumah ni. Banyak tol nak membersih dan mengemas...vacuum, mop, membasuh dan membuang barangan makanan yang dah tamat tempoh tarikh luput. Dalam peti sejuk, jangan cerita la...buang!buang!buang! Berbekal sushi-sushi bagi mengisi kelaparan tengah hari Yuna. Penat ya rabbi...! zzzzzz 3:35pm terjaga bila GG SMS "Tak habis mengemas lagi ke?" ...I still remember you la..brother! Dia dah kesunyian la tu, so balas balik SMS. Yuna pergi IOI Mall...wa banyak lak dah berubah! Ada hati nak tengok wayang tetapi banyak lagi tak habis mengemas kat rumah tu...pi makan laksa kat Jaya Jusco...Tak Sedap! Teringat lak food court kat Tesco Puchong..best-best belaka. Pas tu teringat kat GG yang selalu kata TomYam dia selalu pergi makan best! Tapi kat mana woi!!! SMS GG bertanya khabar. Malam, Yuna tengok movie favourites Alien part 1 sampai part 4. Tetapi tertidur sekerat jalan, 10:45pm terjaga apabila terima SMS lagi "Happy nye kat Kinrara, bagus la..." Dalam hati Yuna, "Wei! I haven't forgotten you la...!!!!"

Yuna berasa terima kasih juga kepada jiran bujang yang sanggup menyiram pokok-pokok bunga di luar rumah pintu perkarangan dan tangga sepanjang ketiadaan Yuna . Thank you, Jason!

Bangun pagi tadi seluruh badan sakit-sakit tol...demam lak tu. Ingatkan malam nanti balik Maluri...tetapi memandangkan keadaan macam ni...Yuna balik awal selepas makan ubat dan ubat tahan sakit...tak nak mak tahu! Lain kali Yuna ajak Mak Siti ke Kinrara...bagi upah la...tolong mengemas.

p.s. Kinrara...I'll be home again, don't worry!