Friday, June 29, 2007

Mana you pergi?


Yuna...I need you very much..mana you pergi ni?

Hari ni Yuna sebuk la..dah la hari ni last day ngan lady boss. Jadi banyak perkara nak diselesaikan. Pepagi lagi dah ade rakan kerja dok YM.."Yuna..I kena eksident..I ok but sakit sakit satu badan dan kepala..help!" Pas tu bagi kata nasihat kat depa. Cerita lak peranan kad insuran yang ofis dok bagi. Gi meeting lak, sebab Yuna ni key person dalam hal-hal pendaftaran perhimpunan agong akan datang. Balik dari meeting, baru ternampak message dari GG. Sorry lah..GG I wasn't around tadi.


"Yuna..are you busy?" Kawan dari Bangalore lak dok YM. Hmm..terpaksa la layan kejap dan bagi nasihat setakat mana yang mampu sambil buat kerja.

"Yuna are you ready?" Tercengang Yuna bila Shan, rakan sekerja, tiba-tiba muncul tanya persoalan ni. Jam menunjuk pukul 12:00 pm. Hari ni lady boss Yuna belanja staff dia makan tengah hari kat Restauran Sri Thai di PJ. Dah lama tak makan makanan Thai ni. Sedap tol!
Sampai ofis, terus online..kot-kot ada offline message dari GG sebab nanti pukul 3:30pm ade meeting lak lagi. Eeeee tak habis-habis meeting nih. Anand dari Bangalore YM lagi. Dia gembira kerana boss dia bagi dia balik awal, dah 10 hari dok kerja kerja kerja! Wei..manja tol si Anand ni. Hal ni pun nak beritahu. Yuna tipon GG lak sebelum meeting bermula.

GG: Mana you pergi ni sejak dari pagi?
Y: I sebuk la...pasal GA ni bla..bla..bla..
GG: Tak pe petang nanti kol 5 I call you (ada hal)
Ring!ring!ring!..ayah Yuna lak call. Pas tu masuk meeting..Huwah..!!!(menguwap) Wei...adess! mengatuk la.....kalau ade bantal dah tentu tangkap tidur ni...entah apa diorang dok briefing..ni dah sah makanan tadi banyak ajinomoto!!! Mak ooi...tolong..dah ngantuk ni tetapi terpaksa buat mata besar cam burung hantu! Dalam kepala zzzzzzzzz hehehehe
Anyway, wei..GG mana you pergi ni? Lama Yuna tunggu..meeting pun dah over! Whatever betul!

No comments: