Musim cuti sekolah boleh dikatakan musim orang kahwin.Pada hari Sabtu, Yuna pergi ke majlis perkahwinan kawan lama Yuna di Taman Dagang, Ampang, Kuala Lumpur. Semasa mencari-cari rumah pengantin, Yuna perasan terdapat beberapa papan tanda arah ke rumah pengantin.Wow, ada lima! Salah satunya 'Aiman & Zalina'. Yuna ikut je papan tanda tersebut hingga ke satu destinasi. Ramai juga yang bertandang ke rumah Zalina ni. Yang paling menghairan sekali, papan tanda 'Aiman & Zalina' betul-betul terletak di perkarangan rumah pengantin tersebut tetapi menunjuk ke arah lain. La..rupa-rupanya Yuna dah tersalah rumah bila bertanyakan siapa pengantin tersebut. Geli hati rasanya tapi nasib baik belum duduk menjamah makanan. Adess! Walaubagaimanapun, akhirnya sampai gak tempat yang nak di tuju. Terserempak ngan ramai kawan-kawan lama...dok bersembang ngan diorang.
Semasa dalam perjalanan pulang, Yuna ternampak satu pengantin lelaki dan rombonganya yang nak bertandang sedang sibuk mengenakan pakaian pengantinnya berwarna unggu. Hahahaha kelakar betul bila menyaksikan si pengantin sedang mengenakan baju songkek unggu dia di tepi jalan....apa la...! Tak jauh dari situ lak , Yuna ternampak khemah bermotif putih dan unggu...lagi Yuna tergelak sebab sampaikan khemah pun nak sama warna ngan pakaian pengantin. Pas tu Yuna terfikir lak pasal kawan Yuna tadi.....hahahahaha...kedua-dua mempelai tu ngan pakaian songkit kuning...khemah pun bermotif putih kuning. Aduh gelihatinya tak terkata...hahahahaha..tergelak sepanjang jalan.
Hari ni Yuna bawa Sis & keluarga dan juga nenek Yuna ke Senawang ke majlis perkahwinan gak. Tu kira pangkat Pakcik angkat Yuna la...dah lama tak jumpa tu.... Arwah Atuk dan Nenek Yuna dulu ada anak angkat. Hari ni majlis perkahwinan anak lelaki dia la...Nenek Yuna sungguh gembira sekali. Adik beradik Yuna pun ada kat sana. Kitorang berkumpul dok pekpokpekpok sebab dah lama tak berjumpa gak. Tak lama kemudian kedengaran bunyi kompang berkumandang. Tebeliak mata Yuna! Yuna tergelak la...tak leh tahan tol! Adik beradik Yuna pun kehairanan.....Nak tahu apa warna khemah diorang? Putih dan.....oren! hahahahaha...jadi you all tahu la...baju pengantin warna apa kan..HAHAHAHAHA...Adess!!!!! Kelakar nya....tak terkata!
Tak caya? Lain kali bila pi rumah orang kahwin tu...cuba tengok warna khemah diorang. Warna baju pengantin sama tak? Aduh....masih tergelak mengenang hal ni...!!!

No comments:
Post a Comment