Sunday, July 1, 2007

Penat!

Pagi-pagi lagi dah keluar gi breakfast. Pas tu gi Taman Sri Keramat lak..pi rumah saudara..ade hal lak...isi borang..ade la..hehehehe..rahsia! Sorry! Pas tu gi Tesco Ampang la..shopping! Biasa la..setiap hujung bulan pi beli barang-barang keperluan. Kitorang singgah kedai aiskrim..makan cendol dan aiskrim selepas penat zooming sini sana dalam pasaraya Tesco tadi. Check handset..lor...rupa-rupa handset tertutup sendiri. Ada miss call from my mum...Wei! mak Yuna nih..tak leh tengok kalau Yuna dok jalan-jalan sikit! Eh! ada SMS dari GG gak. Wow good news la...! "Hei GG, go for it la..I'm happy too! Smile please!!! Just remember k that one dulang is on me, as promised." Alahai GG..GG..whatever k hahahaha!

Pas tu lak, pi ambik Syed Iylia Hariz. Dia minta tolong hantar ke KUIS di Bukit Mahkota. Makan tengahari kat Taman Bukit Mewah. Hari ni rezeki murah..tokei kedai sedekah buah pisang dan tembikai lak..wuhoo! Pi singgah apartment Iylia jap sebab ada banyak barangan dia dok beli. Kat taman berhadapan apartment dia lak cam nak ade majlis. Iylia beritahu yang malam karang ade BBQ and Satay! Wow ..bestnyer! wish I could join hahahaha...nak mampus! Tu guys nyer gathering lah wei...!

Dalam perjalanan pulang, singgah apartment Yuna di Kinrara..nak cek mailbox. Tak naik ke rumah sebab dah penat dan panas tol cuaca hari ni. Aircond dalam kereta dah Full Blast! Hmmm..sejuk dan best! Pas tu kitorang gi Kentucky lak kat Desa Pandan..saja-saja dok borak. Ade hati nak gi wayang tengok citer Transformers. "Yuna, nak tak? Kita tengok malam ni?" Kalau malam susah sikit la nak keluar tapi bila tengok jam dah pukul 4:30 petang Yuna bergegas nak pulang. Ye la..nak masak for dinner la..Itu pun mata Yuna dah jeling-jeling kat kedai Digi sebab ade promosi istimewa...tapi lain kali lah ye!Tetapi dah set date nak tengok Transformer minggu depan..huhu!

Penat tol hari ni! Nasib baik mak Yuna dah masak for dinner......phew!

No comments: