1.1.200812:00 pagi ..."Yuna, selamat menyambut tahun baru! Hari besday gurl dah tamat tempoh! Yeah! KR rulez!" Naqi nih...selalu nak menang je! Padahal Yuna dah anto SMS kat dia dan yang lain-lain kol 12:00 melalui SMS cuma line busy. Aisey, siot tol! "Tak kesah! Naqi yang ucapkan dulu..jajajajajaja...Yeah! KR rulez!" Naqi masih tak nak menganjak. Begini la..kitorang asyik-asyik FF rules atau KR rules but whatever! heheh..
12:10 pagi, ketika berchatting ngan Naqi tetiba kedengaran; Ring! Ring! Ring!. "AAARRRGHHHH!".
"Nape Yuna? Apa dah jadi?" balas Naqi. Tergamam Yuna bila di beritahu oleh jiran di Kinrara mengenai pangsapuri Yuna di pecah masuk. Perasaan cemas, gementar dan takut pun ade. "Tenko mane?" Kalau hal-hal yang keliru dan panik..hmm..dah tentu Yuna bertanyakan kat Tenko-san. Terus SMS dia. Pukul 12:35 pagi, Pakcik Yuna dan sepupu, Haifah, pun datang menjemput. Kami terus ke Kinrara. Blok kediaman Yuna di penuhi jiran-jiran dan polis. Suasana bingit. "Beep-beep-beep-beep" Tenko dok SMS "Ade CSI datang tak?" ...tak tahu la si Tenko ni berseloroh ke atau concerned nih? Mungkin fikiran Yuna terganggu sedikit. Untuk makluman anda, rumah jiran pun kena pecah masuk tetapi rumah Yuna yang paling teruk sekali. Ruang tamu dan bilik-bilik berselerakan. Yuna tergamam dan terdiam. Pihak berkuasa pun terkejut "Ni bukan penceroboh professional ni...ni penceroboh bodoh!" apabila melihat keadaan berselerakan dan bertaburan. Selain daripada tu, suasana macam reunion pun ada sebab dah lama tak berjumpa dengan jiran-jiran dan kawan yang dok situ. Masing-masing bertanyakan khabar. Adeiii! (Uik! mana satu nak layan nih?)
Sejak dari waktu tu sehingga esok hari, Yuna tak tidur-tidur walaupun mata terasa berat dan layu. Kepala dah berdenyut. Berehat dalam kereta pun tak senang dan tak tenang. Fikir pasal apa ha? Hmm...tak terfikir apa-apa pun...macam kosong. Jiwa macam kosong. Asyik bermenung kosong. Kalau ade yang sapa pun, entah apa yang diorang nak cakap. Yuna hanya nampak mulut diorang terkumat-kamit. Yuna cuma senyum kambing dan angguk-angguk. Dahaga amat sangat.
Hari ni - "Yunie, nape you invi?" Tenko dok kehairanan. "I'm hurt!" balas Yuna. Sebenarnya, perasaan Yuna dok campur baur terasa macam kehilangan seseorang. Kemudian ru
mah Yuna 'my sanctuary' di cerobohi...Yuna sedih betul. Yuna bersyukur juga sebab masih ok kerana Yuna sememang merancang nak dok Kinrara dari 30 December sehingga 1 Januari. Oleh kerana ade urusan tertentu, Yuna tangguhkan. Alhamdulillah!
mah Yuna 'my sanctuary' di cerobohi...Yuna sedih betul. Yuna bersyukur juga sebab masih ok kerana Yuna sememang merancang nak dok Kinrara dari 30 December sehingga 1 Januari. Oleh kerana ade urusan tertentu, Yuna tangguhkan. Alhamdulillah! Kesudahan - "The culprits have been caught" SMS kat diorang. Dan juga, "Thanks, guys...for the package!" Naqi dan Tenko, teman setia yang selalu bersama Yuna setiap hari. "Love you guys!"...."Ya, we too!" balas diorang.

No comments:
Post a Comment