Thursday, January 10, 2008

Trajedi lagi sekali wei!


"Yunie, bila you nak pi Kinrara?" Tenko bertanya hari tu. Sejak peristiwa pangsapuri di Kinrara di pecah masuk dah beberapa hari dok pi kemas dan juga di perbaiki. Hmm...tu pun baru 80% mengemas. "Yuna tidur semalam je lah...test! (takut lagi ma..) huhuhu.." balas Yuna.

10.1.2008 - Awal Muharram
Ring! ring! ring! "Yuna, you ade di Kinrara yek?", jiran Yuna, Azmi, menalipon. "Jap lagi gi Kinrara la ni..baru lepas breakfast..heheh (sarapan pagi kol 11:00..ala lunchie teroz ni huhuhu..) balas Yuna. "Eh, apasal lampu rumah you terbukak sejak malam tadi? Rasa-rasanya cam ade orang la..dalam rumah you sebab aku nampak cam orang selak-selak langsir!" Adeii! berderau darah Yuna..perasaan marah bercampur takut dan juga ...entah la..tak tahu nak kata. Yuna terus ke Kinrara selepas menghantar message kat Naqi dan Tenko, sahabat karib yang prihatin.

Jiran tetangga dah lama menunggu di luar rumah dengan memegang kayu la..bes ball bat la..Diorang dah bersiap sedia untuk menangkap si penceroboh. Bila masuk je rumah tiada orang pun tetapi memang terdapat barangan di dalam dah di usik, di ubah dan di pomen. "Eh, ni T-shirt sapa ni? Ni T-shirt size budak wei!" Yuna terjumpa baju T atas katil. Terus Yuna pi rumah jiran di bawah...sebab dah sah anak jiran tu kembali menceroboh! Semasa berdepan dengan budak tu...EEEE tak tahu apa nak kata...dah di rasuk hantu kot. Satu blok dok jenguk Yuna memarahi budak tu...rasanyer la..nak ambil something dan belasah je. Tetapi jiran-jiran Yuna yang lain dok memperingatkan "Yuna! Sabar! sabar! ni rumah orang! ikut prosidur! rumah orang ni Yuna! YUNA! YUNAAAA!" Tangan Yuna dah genggam erat-erat menahan perasaan 'whatever' dan mungkin nak melepaskan perasaan yang terbuku selama ni....ya, selama ni Yuna banyak berdiam diri dan menyepi....terus lari ke bilik Yuna dan menangis! Kak Hani, jiran sebelah datang memberi nasihat dan pujukan, baru lega...(Yunie, you are Yuna Braska, you are a fighter! you played your role..be strong! ...bisik hati Yuna) well...Yuna OK lepas tu..yang kelakar nya Yuna banyak gelak-gelak selepas pergi buat report polis di Balai polis Kinrara. Tangkap gambar-gambar sana sini dan menghantar tu kepada si Kamen Rider. Hmm...kalau dia (Naqi) ade kat sini dah tentu budak tu kena tendangan 'Rider Kicks' . Padan muka dia! Kalau Tenko lak? Hmm..."Nah Yunie! minum coca cola ni...be cool like me!" wakakaka..

Anyway, semua dah selesai. Hmmm...nak kena mengemas rumah tu balik nanti. Yuna bebanyak terima kasih kepada Kak Hani, Azmi, Laila, Uncle Wong, Jason, Pak Cik Amir dan Pak Cik Zamri. Oh Ya, Sargent Nik dan sorang lagi anggota polis...sorry la..tak tahu nama dia...malu la..huhuhu..Untuk pengetahuan anda, budak tu dah masuk lokap. Akan tetapi sebab dia bawah umor..entah apa cerita selanjutnya. "Eh Kak Hani, we have one more New Year to go. Chinese New Year!" Yuna pesan kat dia sebab rumah dia dan Yuna je yang kena pecah masuk. "Ala..Yunie!" Dia pun macam Yunie gak, dok sorang je (jiran sebelah) heheh..boleh geng ngan dia.

Oh ya, Selamat menyambut awal muharram! Walaupun ia berlaku, Yuna mengambil peristiwa ni dengan penuh terbuka. Ade hikmah di sebalik tu...insya'allah (Alhamdulillah...!)

No comments: