
Ring! Ring! Ring! nyer hal....Malam tadi Yuna masuk tidur pukul 3 pagi. Adakah ayat yang betul berbunyi macam ni? Pagi tadi Yuna tidur pukul 3 pagi (?). Entah la...lantak lah.
Semalam Yuna dah rancang nak pergi Midvalley...by hook or by crook...kiranya MESTI pergi. Yuna kena renew kad ahli Metrojaya dan...ambil baucer RM100...yeah!! Boleh shopping kasut! Mak Yuna ajak gi Tesco Ampang lak. Bila mendengar Yuna nak pi MV, terus dia batalkan niat dia...nak ikut sama tetapi selepas Zohor. ZZzzzz tertidur sampai pukul 3 lak...Eh, mak Yuna tak de...badan terasa lemah tol...no energy....rasa malas pun ade. Online jap nak tengok Cakapgold. GG pun ade..borak ngan dia jap sambil menunggu mak sampai. GG ceria hari ni...mintak Yuna tengok blog dia...kelakar tol GG ni.
Dah dekat pukul lima baru Mak kata tak jadi pergi MV sebab malam ni malam Jumaat..nak pi surau...lagi tak de orang nak tengokkan ayah kalau kita berdua keluar jalan-jalan. Hmmm tau pun...ingatkan tak tahu...bisik Yuna. Hei..Mak Yuna ni kalau pasal shopping...langkah dia memang panjang...suami dia pun dah tak ingat hahahaha...Poor dad! Sebelum menyusur..mak Yuna berpesan "Jangan pi lama-lama..walid tu tak der orang nak jaga bila mami pi surau nanti. Balik jangan lah pukul 7..that time I'm going to surau!" ...Alamak! aper la..ni? Jam dah tunjuk pukul 5:10 ptg..."Mum, tengok lah masa..I don't think I can make it by 7..journey lagi..cari parking lagi...tengok lah" Yuna mencelah "I hope Ibrahim can cover jap until I'm back" balas Yuna... "Oi! dia pi tuisyen! balik cepat!" herdik si mami ni. Dengan tak melengah lagi terus Zoom...sebelum pok pek pok pek buang masa lagi....
Yuna tak makan malam sebab petang tu dah soru Burger King. Hmmm I love Burger King compare to McD...sebab burger panggang!. Syok habis sehingga menjilat jari...Ia ke? hahahaha...Hei...selera mungkin dah ok kut. Sambil tu pos lagu "When you believe" kat Cakapgold. Semasa Yuna balik dari MV, asyik menyanyi lagu ni ...feeling habis. Semasa mandi pun lagu ni..nak solat pun ...eee...tak kusyuk tol..minda ni teruk tol la...so harap-harap bila dah pos lagu ni baru reda kot...but bestnyer ngan video klip dari Final Fantasy 10 pasal Yuna dan Tidus...Hmm..layan habis tu...! Ring!ring!ring! talipon Yuna berdering...nombor tu tak tertera nama siapa. Eh, siapa lak ni? bisik Yuna. Lama gak berdering..."Hello?" Yuna beranikan diri....salah nombor kot...Eeeee dunia Yuna bagai nak runtuh bila mendengar panggilan tu. Luka lama berdarah kembali...Suara boyfriend lama...dah lama tol tak dengar suara yang dahulunya pengubat rindu...kali ini terguris lagi sekali. Tertekan rasa malam tadi. Kejap jer perbualan kitorang...both gugup kot. Mungkin masing-masing tak nak tunjuk igauan yang sebenar. Dia ego..Yuna pun begitu. Dia minta maaf mungkin ade berita lebih dari tu dia nak khabar kot...entah la..Yuna tak larat nak berbicara lebih lanjut. Sebak, gugup, sedih, geram dan marah pun ade...Dia pun mungkin tak sampai hati kot..."Salah siapa?"...Tu lah soalan yang sebenar!

No comments:
Post a Comment