Thursday, April 12, 2007

Monsiour Stumplin!

Hari ini tak der yang "extraordinary"...biase jer. Boring..boring..boring..! Nasib baik Ben hantar SMS..so berbalas SMS jer...terhibur juga Yuna hari ni. Dia pun dah naik boring dok kat hospital...ha..ha..ha..dari pengalaman...memang boring tol dok kat hospital. Selalunye bila doktor Yuna bukak mulut.."Yuna, you have to be admitted", Yuna boleh buat tawar-menawar lagi tu...macam.. Bila tu? Hari ni? No way..what about tomorrow? Morning? what about afternoon? How long? What exactly I'm going to stay for? What are you going to do?" Kira habis-habisan lah soalan Yuna tanye. Sebab 1. nak sediakan barang-barang yang nak di bawa 2. takut dan gabra lah tu 3. eeee...tak leh berinternet 4. nak bawak bantal busuk ha..ha..ha.. 5. Kalau dah perempuan satu beg macam nak pi haji pun ade. Tapi yang sebenarnye, dah perangai Yuna yang selalu bersikap bersiap sedia. Tulis nota-nota aper yang nak di bawa...tu persediaan Yuna. Kalau kena operasyen, Yuna tanyer doktor, surgeon, nurses....sesiapa lah dalam bilik operasi tu habis-habisan. I don't care...malu ke tidak but I'll voice out "MY KETAKUTAN" dan kalau boleh bius sampai pengsan..tak nak separuh sedar. Paling benci "jarum". Hei..sempat bagi tahu " You better make sure you got the right vein and FYI I HATE any needles poking at my body" pas tu...entah aper terjadi...tau-tau terdengar "Yuna? Yuna? Hello? Yuna? ok?" masa tu dah sedar ler. "You ade mimpi aper-aper ke?" tanye surgon. "Nope, nothing" jawapan Yuna yang masih mamai. "Why doc?"bertanyer lagi... "Sebab your blood level was so low" jawab surgeon pastu tak nak bicara panjang lebar lagi...pastu terus masuk ICU under 24 hour observation. Blood level shot up lak...hei macam roller coaster lak. Mak Yuna mase tu merayu nak pi tengok Yuna sebab dia tak sedap hati sebab Yuna tak leh diganggu. Tu lah kasih sayang mak...dapat jumpa gak ngan dia. Borak-borak..citer kat dia aper yang berlaku kat bilik surgeri. Kitorang tergelak..pas tu bunyi "Ting!ting!ting!ting!" jururawat berlari dapatkan Yuna. Ape hal lak?.."Makcik, maaf yer..tekanan darah dah terlampau tinggi tu. Yuna kena berehat". Yuna cium tangan mak, mak peluk Yuna sama-sama menangis kecil kerana terpaksa berpisah. Hei..pas tu kesorangan dalam bilik yang besar dan gelap sikit. Paling Yuna benci..tak leh buat aper-aper..at least ade buku pun tak per jadi bahan bacaan. Macam ni ke nak relaks?..Hua (menguwap)....Zzzzzzzzz
Petang tadi kawan lama kat Cakapgold YM Yuna. Monsiour Stumplin aka Suha Anuar namanya. Eeeee dah lama tak dengar khabar berita dari dia aka Tok Guru Yuna. Dialah yang mula-mula ajak Yuna buat blog. Tunjuk ajar habis-habisan. Yuna gabra habis. Teringat mase tu sedang Stumplin dok tunjuk ajar...Ben pun sama online pun dok tunjuk ajar. So 2 guru pok pek pok pek...camner tak gabra mase tu. Mane satu nak klik klik klik. Tetapi akhirnya muncul lah blog Yuna pertama bertajuk "Yuna Sphere" terima kasih banyak-banyak Stumplin dan juga Ben. Oleh kerana dah lama tak bersembang..kali ni bersembang panjang lebar ngan stumplin. Dia dah baca blog-blog Yuna. Memacam lah dia puji blog Yuna yang tak seberapa tu. Seronok gak berborak ngan Stumplin ni. Banyak dia beri perangsang dan nasihat. Wuhoo! caya lah kawe demo ni. Yuna masih ingat lagi kata-kata Stumplin dulu sambil berjenaka mintak kena belanja sebab tunjuk ajar. Yuna jawab "Suha, oleh kerana Suha tolong ajar Yuna buat blog, oklah Yuna belanja Suha makan makanan Jepun..sushi!" "Uwek! I dislike Sushi..aper da.." sahut Suha. Tergelak kitorang. Yuna perasan lah...kebanyakkan lelaki nih tak adventurous langsung pasal makanan ni. Belum jamah makanan dah uwek terus. Oi cuba lah...tak kenal maka tak cinta wei! Bagi Yuna lak, Yuna suka cuba dan nak rasa makanan dari negeri dan negara lain. Dah tentu yang halal ler..takkan pi main bedal jer...Astaghafirullah...! Paling best sekali Mexican food. Hmmm juadah yang simple, versatile tetapi memang sedap! Tak caya? cuba lah....

No comments: