Tuesday, October 7, 2008

Hujan emas di negeri orang

Dah masuk hari kedua da...hati nih masih bersedih...Bila kala begini mula lah nak menyendiri dan fikiran melayang jauh macam nak bawa diri ke satu tempat 'Kosong'. Pantang je teringat akan hal yang berlaku di dalam pentadbiran W.E kami, Tribalwars. Berubah nama berubah tangan atas nama mencari kemajuan...
Terfikir sejenak semakin maju semakin asing...semakin dekat semakin asing...semakin banyak semakin asing...

Semalam, Naqi temankan Yuna..cuba menceriakan hati yang gundah...nasib la..sapa la..dapat awek si Yuna nih..kalau merajok atau bersedih berat tol kes tuh...nak bagi dia ok balik bukan boleh umpan dengan cokelat atau kata-kata manis...dia tetap menangis..kalau tak di luar, di dalam...adeii...tetapi Naqi tetap cuba menceriakan balik maya dia..hantar gambar-gambar action figure dia yang terbaru, bagi link-link yang menarik bagi memesongkan fikiran ke arah lain, layan bercerita sampai akhir penghujung perbualan, selain popok dia sanggup mendodoikan lagu 'Yang Pernah' dari band Estrange lagu kegemaran mereka....kelakar jugak...hei..rasa nak tidur pun ada lepas tuh...(Thanks Naqi)

Hari ni, banyak lagi perubahan yang berlaku di dalam tribe W.E yang sekarang di beri nama baru *I*-R. Yuna hanya terdiam sambil merenung...Tenko sms mengeloh kerana menerima surat-surat dan surat pekeliling yang perlu dia baca dan layan. Dia memang tak suka membaca surat cinta yang panjang lebar..bagi ja yang patut dan afdal...rengkas dan senang...bagi ja arahan..dia setuju apa saja untuk jalan kebaikan...tu memang cara dia. Yuna tidak begitu pulak...macam-macam hal nak di fikir..selok belok..yang di hadapan dan di belakang...hal remeh-temeh dan kecil pun akan di kutip dan dipersoalkan...siap bentang surat bukan sahaja panjang lebar...besar lak tu penuh dengan lukisan whatever ..mengharap..'eh! betul ka plan i nih?' hati berkata-kata...hanya Tenko ja teman setia Tribalwars..rasanya telinga dia dah besar gajah dok mendengar cerita-ceriti..celoteh si Yuna nih tak habis-habis lagi dengan plan-plan dia...wallahuwaklam!


Kali nih, tiada apa-apa nak di fikirkan tetapi hanya tunggu dan lihat..walaupun kuasa masih bertahta dan bertahan, kuku tiada lagi bertajam..gigi tiada lagi bertaring...hanya rambut kami masih kusut masai macam zaman tujuh puluhan..hippi la..groovy la..sebab sememang nya begitu la..cara kami ...COOL..Tribe W.E memang tiada apa-apa yang menarik pun..kerana pendirian kami..tak mahu sebarang tekanan dan hanya untuk bersuka-suka. Walaupun sempoi, ramai gak nak masuk tribe kami...huhuhu..alhamdulillah! Sekarang nih dengan pentadbiran baru, semua kena bekerja keras.."Adeii, diorang nih tak de keja lain ka? Asyik nak ngadap tribalwars 24 jam?" keluh si Tenko....huhuhu....(cian)


"Yuna, jangan la bersedih..dah la..tu.." pujuk Naqi..

Ya, bukan senang nak lupakan segala titik peluh yang Yuna dah taruk dalam permainan Tribalwars ni...sampai orang dah kenal W.E sehingga tribe besar datang melamar atas tujuan untuk ke arah lebih maju. Walaupun dalam era baru....nama W.E tak lama lagi akan di lupai dan hilang..tak kedengaran bisikan-bisikan para pahlawan yang ingin berjuang sama untuk W.E tetapi *I*-R (waaa.....sedih! sedih! sedih!)


Its late! nak tidur! tak perlu nak bermimpi lagi....menangis la..puas-puas k dear!

No comments: