
Hari tu tak de apa-apa nak buat kat rumah. Setelah penat menolong sis Yuna memasak kat dapur, Yuna berehat dalam bilik. Malas tol nak online mase tu...huhuhuhu...wa..satu perubahan besar tu...sebab selalunya tak sabar-sabar nak layan komputer. Mungkin sebab malam sebelumnya chat ngan Tenko sampai kol 5 pagi. Lagi pun, Yuna dah set-kan whatever dalam permainan Tribalwars. Kena tunggu 6 jam baru boleh buat setting lagi.
"Eh, dah lama tak tengok Pokemon". Kemudian layan lak Pokemon dari pukul 3 sampai 7 petang. Tertidur pun ade la...."Macam budak kecik je! Tengok kartun (kat TV) tapi tidur" Mak Yuna kengkadang jengok-jengok dalam bilik Yuna (dah solat ke? hahaha..). Sejak kebelakangan ni, mak Yuna tak lagi bising-bising jika Yuna ambil rehat lama sikit. Mungkin dia dah tahu...mungkin dia teringat kata-kata Yuna hari tu "Mami, cuba lah bawa bertenang sedikit". Mak Yuna ni memang suka panik dan kecoh-kecoh. Mungkin dia dah perasan perubahan pada diri ni. Makin lama makin diam, makin menyendiri, lesu, pelupa, kurang selera AAAHHH...makin whatever je lah...MALAS pun ade. Pokok nya, Yuna malas nak sebuk hal-hal yang tak penting. Kalau nak buat sesuatu, buat je la...kalau nak bagi sesuatu, bagi je la...kalau tak larat, dok diam je la...
Tetapi memang betul..Yuna banyak berdiam je...kalau ade cerita-ceriti-tahi-mata-dua-kati pun, kalau rasa tak de kena mengena ngan Yuna...Yuna tak ambik kesah. Dalam tengah-tengah orang dok syok berbual, Yuna hanya tumpu ja kat TV..entah apa benda diorang sok-sek-sok-sek. Ha..sampai ke tahap begitu. "Yuna bukan dengar tu..." Mak Yuna bagitaw sis angkat Yuna
yang datang bertandang minggu lepas. Entah la..apa nak jadi dah ni. Kenapa jadi begini. Malas ngan Whatever je...tapi bukan Yuna pentingkan diri sendiri. Rasanya, Yuna jaga mulut..takut berdosa, jaga mata..takut liar, jaga hati..takut menangis dan keciwa lagi. Mahu hentikan whatever yang melukakan hati. Tetapi Yuna banyak belajar dari seseorang tu...dia cool je. So..dok 'copycat' nih..I'm cool baby! :D

No comments:
Post a Comment